Apakah Insurans Nyawa

Kita melihat banyak iklan tentang insurans nyawa di serata tempat, tetapi ramai yang tertanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “insurans nyawa’ ?.

Definisi ringkas insurans nyawa adalah kontrak polisi insurans dimana pemegang polisi insurans membayar sejumlah wang kepada syarikat polisi insurans untuk satu jangka masa samaada bulanan,6 bulan sekali atau tahunan sebagai pertukaran yang dikenali sebagai faedah kematian atau khairat kematian kepada pewaris pemegang polisi insurans.

Hampir kebanyakan syarikat terkemuka insurans malaysia juga memberi pampasan kepada (TPD) TOTAL PERMENANT DISABILITY iaitu kecacatan kekal disebabkan kejadian insiden yang tidak membolehkan pemegang polisi insurans nyawa tidak dapat lagi mencari nafkah pendapatan.

Justeru itu, ramai individu yang membeli polisi insurans nyawa sebagai salah satu cara pelindungan terhadap keluarga meraka setelah kematian kelak. Secara umumnya, harga polisi insurans nyawa tidak semahal bagi meraka yang berusia 50 tahun kebawah.  Pada peringkat usia yang meningkat dan kebarangkalian terdedah kepada penyakit semakin mudah ,pihak syarikat polisi insurans akan mengenakan caj yang lebih tinggi berbanding pemegang polisi yang masih muda.

Apakah langkah pihak polisi insurans buat untuk memberi insurans. Individu yang membuat permohonan untuk membeli insurans nyawa perlu mengemukakan maklumat berkaitan tahap kesihatan dan cara hidup meraka. Ini termasuklah diet makanan,rutin senaman dan pekerjaan. Pihak insurans akan menyarankan polisi insurans yang bersesuaian berdasarkan kriteria ini. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan tabiat minum minuman keras atau dadah,ketum berkemungkinan tidak akan mendapat mana-mana polisi insurans.

Apabila pihak insurans mengenal pasti status had umur dan maklumat diri pemegang insurans. Pihak syarikat insurans akan tentukan bayaran premium samada bulanan  atau tahunan . Sebelum menyetujui kontrak polisi insurans, pemegang insurans perlu kemukakan siapa waris kepada pemegang polisi setelah ketiadaannya nanti.

Jika pemegang memilih polisi insurans term, meraka perlu lalui proses ini sekali lagi apabila tempoh polisi ini berakhir. Polisi insurans term merupakan polisi yang agak murah dari lain-lain polisi, tetapi keburukan polisi ini adalah apabila pemegang mula meningkat usia dan sakit kronik pada tempoh itu akan membuatkan meraka tidak akan mendapat manfaat polisi kedua. Untuk mengelakkan situasi ini ,ramai mula membeli polisi insurans nyawa diusia muda dan memilih polisi insuran  untuk 30  tahun.

Jenis-jenis Insurans Nyawa Malaysia